BERITA RINGKAS
Tarikh
Berita
15/4/2003

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2003 akan diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah mulai 2hb Jun hingga 5hb Jun 2003. Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia akan turut serta di dalam kejohanan ini dengan menganjurkan pertandingan silat seni. Pertandingan untuk Seni Silat Sendeng.Kategori pertandingan silat seni pada tahun 2001 akan dikekalkan.

1- Solo Tangan Kosong (L), 2-Solo Tangan Kosong (W), 3-Bergu Tangan Kosong (L), 4-Bergu Tangan Kosong (W), 5-Solo Tek pi (L)), 6-Solo Tumbuk Lada (W), 7-Solo Pedang (L), 8-Solo Pedang (W), 9-Bergu Tongkat (L),10-Bergu Tongkat (W), 11-Kumpulan Tangan Kosong (L), 12- Kumpulan Parang (L)

Walaubagaimanapun, pada tahun ini pihak Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan peraturan tambahan "peserta yang telah mewakili negeri dan menang pingat emas (Johan), pingat perak (Naib Johan) dan pingat Gangsa ( Ke-3/Ke-4) di Kejohanan peringkat Kebangsaan yang diktiraf oleh Persekutuan/Pertubuhan/Persatuan masing-masing selepas 31.12.2000 dan peserta yang mewakili negara di Kejohanan - kejohanan yang diiktiraf oleh Persekutuan/Pertubuhan/Persatuan masing-masing selepas 31.12.2000 tidak layak menyertai kejohanan ini" Dengan itu peserta yang telah memenangi pingat dalam kejohanan ini pada tahun 2001 dan 2002 adalah tidak layak untuk bertanding pada kali ini.

1/2/2003
Kuala Lumpur - Untuk makluman semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT), Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia, mesyuarat AMT kali pertama untuk tahun 2003 dijangka akan diadakan pada 22hb Februari 2003 di Kelab Tamingsari, Persiaran Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Semua AMT diminta menghadirkan diri. Pengesahan masa, tarikh, tempat dan agenda akan dibuat melalui surat.
1/2/2003
Kuala Lumpur - Sebuah kelas latihan Silat Sendeng akan dibuka di Pusat Kecemerlangan Sendeng, No. 621, Lorong Keramat 8, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Latihan akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih WPKL, Dr. Jamaluddin A. Jalal. dan dijangka akan dijalankan pada setiap hari Ahad pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi mulai bulan Februari 2003. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi 03-42601910/03-20505676 atau datang sendiri ke pusat latihan tersebut.
19/12/2002
Kuala Lumpur - PSSSM Pusat akan menganjurkan majlis Perjumpaan Hari Raya pada hari Ahad 29hb Disember 2002 bertempat di Kelab Tamingsari, Persiaran Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur (berhampiran Tugu Negara) dari pukul 11.00 pagi hingga 2.30 petang. Semua ahli dari seluruh negara adalah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.
2/6/ 2002

Kuantan - Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Rakan Wajadiri Kebangsaan 2002 telah berlangsung dengan jayanya. Lebih kurang 3,000 orang peserta, pegawai pertandingan dan jawatankuasa pengelola telah berkumpul disini selama 4 hari mulai 30hb Mei hingga 2hb Jun 2002. Sebanyak 17 displin wajadiri seperti Silat Sendeng, Silat Gayung , Silat Gayung Fatani, Silat Cekak, Silat Cekak Hanafi, Silat Kegayungan Acheh Helang Putih, Silat Lincah, Taekwando, Karate, Tai-Chi, Wushu, Silambam dan Rythamic Martial Arts telah mengadakan pertandingan di sekitar bandar ini.

Majlis Perasmian Penutup kejohanan yang telah masuk tahun ke-6 penganjuranya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishamuddin Hussein di Kompleks Sukan Pahang pada 30hb Mei lalu, manakala Majlis Perasmian Penutup kejohanan telah disempurnakan oleh YB Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob pada malam tadi.

8/4/2002

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Rakan Wajadiri Kebangsaan 2002 akan diadakan di Kuantan, Pahang Darul Makmur dari 30hb Mei hingga 2hb Jun 2002. Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia akan turut serta di dalam kejohanan ini dengan menganjurkan pertandingan silat seni. Pertandingan untuk Seni Silat Sendeng dijangka akan diadakan di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib. Kategori pertandingan silat seni pada tahun 2001 akan dikekalkan.

1- Solo Tangan Kosong (L), 2-Solo Tangan Kosong (W), 3-Bergu Tangan Kosong (L), 4-Bergu Tangan Kosong (W), 5-Solo Tek pi (L)), 6-Solo Tumbuk Lada (W), 7-Solo Pedang (L), 8-Solo Pedang (W), 9-Bergu Tongkat (L),10-Bergu Tongkat (W), 11-Kumpulan Tangan Kosong (L), 12- Kumpulan Parang (L)

22/3/2002
Tuan Haji Ismail bin Haji Hamzah, Guru Utama, Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 22hb Mac 2002 bersamaan dengan 8hb Muharam 1423. Salam takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang Mukminun. Al-Fatihah.